Wednesday, March 31, 2010

Pengenalan Kokurikulum

DEFINISI KOKURIKULUM
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang terancang. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu:
A. Unit Badan Beruniform        B. Persatuan/Kelab       C. Sukan/Permainan

RASIONAL GERAKERJA KOKURIKULUM
1. Mengamalkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah
2. Memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat.
3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah, disamping memelihara kesihatan fizikal dan mental.
4. Membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk kesedaran tentang pemilihan kerjaya.
5. Memberi peluang kepada pelajar melengkapi bidang akademik dengan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri dan berdikari

MATLAMAT GERAKERJA KOKURIKULUM
Memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meluputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF GERAKERJA KOKURIKULUM
Bagi mencapai matlamat tersebut, gerakerja kokurikulum bertujuan untuk membolehkan pelajar:-
1. Membentuk pelajar berkualiti, berdaya maju dan berani menghadapi cabaran.
2. Mempertingkatkan kecekapan kepimpinan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan
3. Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif
4. Memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta dapat mengamalkan
dalam kehidupan seharian
5. Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment